Wednesday, February 15, 2012

Monday, January 16, 2012

(LAPORAN BERNAMA) BIMBANG KRAFTANGAN TEMBAGA DI TERENGGANU PUPUS


KUALA TERENGGANU, 12 Julai (Bernama) — Kini hanya terdapat sekitar 32 pengusaha kraftangan tembaga di Terengganu yang kebanyakkannya bertumpu di Kampung Ladang di sini di mana penyertaan dari kalangan generasi muda di dalam perusahaan ini tidaklah memberangsangkan.
“Sekarang cuma ada antara empat hingga lima orang muda sahaja yang berminat meneruskan industri warisan ini manakala yang lainnya adalah pengusaha yang sudah berumur,” kata Pengarah Perbadanan Kraftangan Malaysia Negeri Terengganu, Zahir Ahmad.
Sehubungan itu Kraftangan sedang berusaha untuk memberi sinar kepada perusahaan turun temurun ini agar terus hidup dan kekal di masa depan.
Antara usaha tersebut ialah dengan menyediakan kursus dan latihan jangka pendek kepada generasi baru selain menyediakan prasarana seperti bengkel, mesin dan bahan mentah kepada pengusaha industri warisan ini.
“Konsep latihan jangka pendek yang kita adakan bukan sahaja hanya melatih peserta tetapi juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti inkubator sehinga mereka boleh berdikari.
“Kita akan bimbing mereka bagaimana cara untuk mendapat tempahan di mana bahagian rekaan, penyelidikan dan pembangunan Kraftangan akan membantu mereka,” kata Zahir di sini Isnin.
Beliau berkata untuk mengekalkan perusahaan kraf tembaga terus bernafas di Terengganu, pihaknya akan turut membekalkan bahan mentah melalui perjanjian dengan Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan tembaga daripada kelongsong peluru.
Harga bahan mentah tembaga di pasaran adalah terlalu tinggi iaitu antara RM15 hingga RM18 sekilogram manakala melalui Kementerian Pertahanan yang dibekalkan menerusi sebuah syarikat, ia hanya dijual dengan harga RM6 sekilogram, jelasnya.
“Kita juga berharap Kementerian Pertahanan dapat menyambung kontrak kepada syarikat berkenaan bagi membekalkan kelongsong peluru untuk dipasarkan kepada pengusaha kraf tembaga di Terengganu,” kata Zahir.
– BERNAMA

BEKAS BARA TEMBAGA

1. BEKAS BARA TEMBAGA (MINIATURE)

Sunday, January 15, 2012